User's Experience


Click on the title to read the experience.

Pengalaman terkena santau - 2 
Tuhan maha berkuasa, dongeng yang kusangkakan itu sebenarnya nyata. Kebetulan sahabat suamiku juga terkena santau juga.

"Dia memang dah lama berubat tapi kalau nak cuba nanti dia kata nak tunjukkan tempatnya. Ustaz tu pakai ayat quran jer" cerita suamiku.

Apakah hikmah disebalik dugaan ini. Memang benarlah setiap penyakit itu ada penawarnya. Tidak kusangka rupanya rumah ustaz yang diperkatakan itu berdekatan dengan rumahku.

"Mak dato' ramainya orang" bisikku semasa sampai di rumah ustaz. Sambil menunggu giliranku aku mula bersembang dengan pesakit dan keluarga pesakit yang lain.

"Jumpa ustaz tu dulu dik baru jumpa ustazah" kata salah seorang pesakit yang sudah lama berubat dengan ustaz tersebut".Rupa-rupanya ramai yang senasib denganku. Aku mula lupa tentang kesedihan terkena santau dan mula berfikir dan teringat lagu dari Raihan "ujian adalah tarbiyah dari Allah, apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya....."

Sampai sahaja giliranku Ustaz kelihatan sangat tenang sambil bertanyakanku apa yang aku alami. Ustaz menyuruhku melunjurkan kaki ke arah pintu dan dia membaca doa dan menghembuskan kepadaku. Aku berzikir di dalam hati memohon kepada tuhan supaya tiada
kejadian memalukan seperti terjerit, melolong dan sebagainya, seperti yang aku selalu dengar dari kawan-kawan sebelum ini.

Kemudian aku disuruh berjumpa dengan ustazah. Selepas merawat ustazah membenarkan aku melihat apakah yang keluar dari badanku. "Ya Allah! banyaknya serpihan kaca yang sangat halus" bisikku sambil menelan air liur.
Viewed 311 times