News

Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din
Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.

sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/4/mstar_berita/20100104184356&sec=mstar_berita
5/1/2010 4:48:47 PM
KENYATAAN MEDIA Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Keputusan Mahkamah Tinggi Mengenai Penggunaan Kalimah Allah
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berpandangan Tan
Sri Murphy Pakiam Archbishop Roman Catholic Kuala Lumpur
harus mengguna kebijaksanaannya agar tidak menggunakan
lafaz Allah dalam sebarang bahan terbitan pihaknya atau lainlain.
Selain dari kes ini belum muktamad dan masih dalam
proses kehakiman, sensitiviti umat Islam dan martabat Islam
dalam Perlembagaan Persekutuan wajib diambil kira. Kita
sama-sama bertanggungjawab menyekat ruang bagi kelompok
ekstremis bergerak dalam pertubuhan agama masing-masing.
Pengalaman di India di mana pelampau Hindu membakar
gereja dan masijd harus dijadikan iktibar. Keharmonian yang
sedia wujud di Malaysia perlu dihargai bersama. Nasihat Y.A.B.
Perdana Menteri perlu kita beri perhatian berat.
2. JAKIM hairan kerana dalam Perlembagaan Persekutuan,
agama Islam adalah satu-satunya nama agama yang disebut
tetapi kelihatan agama lain yang lebih diraikan.
3. Islam sebagai Agama Persekutuan di negara ini perlu dijunjung
dan dihormati oleh semua sebagaimana S.P.B. Yang Di
Pertuan Agong sebagai Ketua Negara perlu ditaati oleh semua.
Begitu juga kedudukan Raja-Raja yang menjadi Raja bagi
seluruh rakyat jelatanya dan bukan untuk kaum keturunannya
sahaja.
4. Inilah realiti Malaysia yang perlu difahami semua, pengundi
yang tidak pernah seumur hidupnya mengundi parti pimpinan
Perdana Menteri mesti menerima kenyataan bahawa beliau
adalah Perdana Menteri untuk semua.
5. Sehubungan itu, saya menasihati semua pihak agar memahami
dan menghayati realiti serta menjunjung semangat
Perlembagaan di negara Malaysia, Islam tetap Agama Negara
yang dimartabatkan oleh Perlembagaan Persekutuan walaupun
anda tidak menganutnya.
6. Sementara itu bagi umat Islam, apapun pandangan penganut
lain tentang lafaz Allah, ia adalah lafaz suci yang merujuk
kepada tuhan yang Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
7. Oleh itu, sukacita dipohon pihak media dapat memaklumkan
perkara ini kepada masyarakat.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
DATO’ HAJI WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH ABDUL AZIZ

sumber : http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2010/PR_DatoKPJakim.pdf
5/1/2010 4:42:57 PM
KENYATAAN MEDIA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Berkenaan Keputusan Mahkamah Tinggi Mengenai Penggunaan Kalimah Allah
Saya ingin merujuk berhubung isu keputusan Mahkamah Tinggi pada
31 Disember 2009 yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The
Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah.
1. Pihak saya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam
Negeri (KDN) bagi membawa perkara ini kepada Mahkamah
Rayuan untuk tindakan dan pembelaan yang sewajarnya bagi
memastikan kesucian agama Islam di Malaysia terpelihara.
2. Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan semua Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO) dan umat Islam di Negara ini agar
dapat bertenang berhubung perkara ini dan menghormati
keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara ini
diselesaikan melalui proses perundangan.
3. Dalam hal ini, saya akan mengambil langkah untuk
mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa
terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan
membincangkan perkara ini selanjutnya.
4. Saya juga ingin memaklumkan bahawa Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke 82
pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah mencapai keputusan seperti
berikut :
“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan
yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan
bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus
bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan
atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang
lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan
cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur
penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah
tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan
undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan.”
5. Sehubungan itu, sukacita dipohon pihak media dapat
memaklumkan perkara ini kepada masyarakat.
Sekian, terima kasih.
Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL
DATO’ JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)

sumber : http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2010/PR_MenteridiJPM.pdf
5/1/2010 4:37:25 PM
Gurumurshid.com Server is ok now
We already fix the problem. Please give us feedback, as it will help us to server you better.

Thank you
14/12/2009 6:15:24 PM
Gurumurshid.com Server under maintenance
Due to server uprading process, our back end system is under maintenance for next 5 days,
we regret for any inconvenience caused.
20/11/2009 12:07:28 PM
New Category Available
Assalamualaikum.

We would like to announce that we have made new category for Q&A. The new category is 'Superstitious - Khurafat'.
8/5/2009 10:37:06 AM
Perkhidmatan Mengajar Mengaji bagi Kanak-Kanak Kaw. Keramat
Sila hubungi Muhammad Jamadil Ikmal bagi mendapatkan perkhidmatan mengaji dari kanak-kanak
sehingga 14 tahun


Kawasan: Keramat dan Gombak
0173712106/0192078835
Sejam RM30
7/4/2009 11:06:46 AM
Perkhidmatan Mengajar Mengaji bagi Kanak-Kanak
Sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan mengaji bagi kanak-kanak 5 tahun ke atas sila hubungi:

Shahidah Sharif
0123024312
2/4/2009 6:22:33 PM
Kami meminta maaf atas segala kesulitan
Kami baru sahaja dimaklumkan bahawa pihak Tmnet telah mengubah port bagi konfigurasi email bagi mengelakkan 'SPAM'.Kami sedang berusaha mengatasi masalah ini.

Untuk sementara waktu kami akan memberhentikan 1.'email reminder' untuk expert(ustaz) apabila anda menanyakan soalan
2. 'Email reminder' apabila soalan anda telah dijawab oleh expert(ustaz)

Kami akan segera memaklumkan kepada anda berita selanjutnya.

Sekian Terima Kasih

10/3/2009 2:40:12 PM
Perkhidmatan Mengajar Mengaji
Selalunya kita ingin belajar mengaji tetapi apakan daya kita kesuntukan masa untuk menghadirkan diri ke tempat mengaji. Namun kita tahu kewajiban yang patut dipenuhi dan kelemahan diri kita sebelum bertemu dengan janji yang mesti dipenuhi oleh-Nya...kematian.

Jadi sesiapa yang ingin belajar mengaji dan mahu pengajarnya ke rumah anda sila hubungi:


Ustaz Muhammad Labib: 017-2328661
(sekitar lembah Kelang: Kajang, Bandar Baru Bangi, Cheras, Ampang, Keramat AU, Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya)
17/2/2009 11:13:24 AM
takwim kepada Aman Palestine
Gurumurshid.com telah menyerahkan takwim kepada Aman Palestine. Semoga sumbangan itu dapat dimanafaatkan bersama.
3/2/2009 5:35:31 PM
Kursus Pengurusan Jenazah Surau Sek 8 Bangi
Surau Sek 8 Bangi akan mengadakan kursus Pengurusan Jenazah. Maklumat lanjut:

Tarikh : 07/02/2009
Tempat : Surau Al- Amin Sek 8 Bangi
Masa : 9pagi - 12tgh
Yuran : RM 10
3/2/2009 5:28:09 PM
Takwim Gurumurshid.com dan surau sek8 bangi
Takwim Gurumurshid.com telah dserahkan kepada
Surau Al-Amin Sek. 8 Bangi. Diharap Gurumurshid.com dapat bekerjasama dengan pihak surau.

"Semoga kerjasama ini diberkati Allah"
3/2/2009 5:24:52 PM
Takwim Gurumurshid.com Diserahkan Kepada Surau Taman U Bangi
Takwim Gurumurshid.com telah diserahkan kepada AJK surau Taman U Bangi.
3/2/2009 3:34:38 PM
'Jumble' Sale oleh LKPIM Wilayah Persekutuan
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam(LKPI) Wilayah Persekutuan akan mengadakan 'Jumble Sale' :

Tarikh: 10 Januari 2009
Hari: Sabtu
Tempat: Rumah LKPI,No. 2 Jalan Tiara Setiawangsa 5,Tiara Setiawangsa 54200 KL(berhampiran masjid Muaz bin Jabbar)
Masa: 10:00am - 4:00pm

LKPIM adalah badan bukan kerajaan(NGO) yang banyak membantu dan membuat kebajikan untuk masyarakat.
Semua dijemput hadir!!!
9/1/2009 12:23:03 PM
Fauziah sila hubungi saya - masalah anda telah dijawab
Gurumurshid telah menerima satu solan dari user bername fauziah dengan email address : emilywothekongchu@yahoo. Malangnya email ini tidak sah(tidak wujud). Fauziah telah bertanya sesuatu melalui menu 'feedback' . Sila hubungi saya bagi mendaptkan penyelesaian masalah anda. noraini@gurumurshid.com "Selamat Menyambut Tahun baru hijrah 1430 Semoga Allah memberkati hidup kita di Tahun hijrah yang baru ini"
31/12/2008 9:02:30 AM
Forum Strategi Perancangan Kewangan Islam
Ahli Panel:
Tuan Shamsuddin Abd Kadir
Puan Zarinah binti Mohd Yusoff

Tarikh: 23 Disember 2008
Tempat: Lecture Hall XR1003, Universiti Multimedia, Cyberjaya.
Masa: 8.00pm - 11.00pm

Penyertaan adalah percuma. Terhad kepada 150 tempat sahaja.
Semua dijemput hadir!!!
19/12/2008 7:24:19 PM
GuruMurshid - Beta Release
We are still welcome any comment or feedback to improve the system. We will consider the comment for the sake of the subscriber, expert and all of us who dare to ask in an effort to be a better person. "Struggle in the way of God" - ["Selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Allah akan datang menghampiri kita"]
26/9/2008 6:10:47 PM
First 1000 questions ask will be free - GuruMurshid
We are now doing promotion where subscriber can ask any questions for free. It is limited for only first accumulated 1000 questions ask by the subscribers.
26/9/2008 2:58:18 PM
GuruMurshid Try to Collabrate with Sekolah Al-Amin,Bangi
6 September, GuruMurshid try to collabrate with Sekolah Al-Amin,Bangi.Hopefully with this collaboration we can produce more experts (Ulama').A number of profit percentage will be contribute to the school's fund.Therefore,more Muslims can send their children for good Islamic education to be a good Khalifah. "Our contribution to develop "Insan Rabbani""
8/9/2008 1:09:38 PM
GuruMurshid Try to Collabrate with DarusSyifa'
5 Sept 2008, GuruMurshid try to Collabrate with DarusSyifa' by sending formal letter to the organisation.We still wait for their feedback.Hopefully we can collabrate with them to get Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din's consultation and invite him as our expert.Indirectly,we can also get Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia members to be our experts.
8/9/2008 1:02:58 PM
Welcome to GuruMurshid
Mingguan Wanita, 5 - 11 September 2008, Page 95 Advertisement GuruMurshid already published inside Mingguan Wanita
8/9/2008 12:57:25 PM