Menu
Home
News
About
Contact
Feedback
FAQ
Send E-Card
Read Articles
User's Experience
Video Collection
Album
Photo
Help!
Login
Register!
Change Language
English
Malay (Beta)
Links
IKIM
Jakim
PERKIM
Harun Yahya
Faraid Calculator
PPIM
Read Article
Here you can read current article published by our Panels
Panduan Dasar Hafazan Al-Quran
Di sini saya sertakan panduan dasar untuk hafazan al-Quran. Antara panduannya:
1. Tanamkan di hati kepentingan al-Quran.
Ulasan saya: Mulakan niat yang waja untuk menghafal ayat-ayat al-Quran sehingga sepanjang hayat. Niat pun sahaja dah dapat pahala.
2. Mesti sentiasa bersikap positif, sebaliknya jangan sekali-kali menyatakan susah.
Ulasan saya: Sebenarnya, apa yang fikir dan cakap adalah dianggap doa. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Anda adalah apa yang anda cakapkan. Itulah anda!
3. Hafaz satu ayat secara perlahan-lahan dan baca dengan jumlah yang banyak ... sekurang-kurangnya 60 kali.
Ulasan saya: Kemahiran mengulang dalam hidup anda perlu dihidupkan semula. Ramai orang tak suka mengulang.Mengulang yang baik adalah digalakkan.
4. Jangan berpindah ke ayat yang lain sebelum ayat yang dihafaz betul-betul lancar.
5. Jangan tergesa-gesa hendak menghafaz kerana ini akan menjadi musuh kepada istiqamah atau berterusan.
6. Bersabar, bersabar dan terus bersabar. Menghafaz melatih kita bersabar. Satu latihan yang bernilai bagi kita untuk menghadapi cabaran hidup.
7. Tujuan menghafaz supaya ianya kukuh dan mudah diulang yang mana meningkatkan nikmat membaca.
8. Kuatkan azam dan tekad untuk menghafaz ayat-ayat al-Quran.
Sumber Rujukan: Mohd. Shafie Md. Amin.2001. Kaedah Sistematik Menghafaz. Ampang: Penerbitan Salafi.