Read Article


Here you can read current article published by our Panels

 Wabak influenza A (H1N1) - Cadangan Tindakan Kerajaan Malaysia
Wabak influenza A (H1N1) semakin serius sehingga kerajaan mencadangkan pemakaian topeng muka jika berkunjung ke tempat sesak, selain mengamalkan "etika batuk" dan menjaga kebersihan diri dan pengudaraan rumah yang baik.

Cadangan yang serius boleh dilakukan oleh Kerajaan Malaysia, terutama JAKIM:

1. Umat Islam diminta solat hajat di masjid-masjid di seluruh Malaysia setiap minggu selepas solat Jumaat.

2. Dalam masa yang sama membaca doa qunut Nazilah supaya Tuhan menjauhi wabak ini kepada umat Islam dan rakyat Malaysia.

3. Penerangan lebih meluas tentang hikmah pengharaman babi dalam Islam berdasarkan kajian saintifik melalui media massa terutama kepada non-muslim yang makan daging babi.Ini satu peluang dakwah tentang Islam yang baik kepada mereka untuk memahami hikmah peraturan-peraturan syariah untuk semua manusia.


Catatan Penting:

Gelombang 1 - Gelombang viru JE - serangan melalui nyamuk.

Gelombang 2 - Gelombang virus H1N1 berkawan dengan virus dalam diri dan membiak dalam tubuh manusia !(sekarang ...)

Gelombang 3 - Gelombang virus H1N1 menyerang dan membunuh manusia (akan datang ... )


Moga-moga Allah Taala melindungi umat Islam dan umat yang tidak memerangi umat Islam daripada virus ummu mildam (spt virus H1N1).

10/7/2009.