Read Article
Here you can read current article published by our Panels
Mari Memperkasakan Bahasa Melayu
|
1. Bangunnya sesuatu bahasa itu bukanlah terletak kepada penggunaan bahasa itu sahaja. Ianya juga terletak kepada bagaimana pemikiran, karya dan juga hasil nukilan itu disurati, dibukukan dan diterbitkan.
2. Dengan cara ini bukan sahaja bahasa itu dikekalkan dan dibangunkan, malah idea, karya dan nukilan penulisnya akan juga dapat ditatap oleh generasi berikutnya.
3. Namun usaha untuk menerbitkannya bukanlah mudah, sebab ianya melibatkan banyak pihak, dan melalui banyak proses dan prosedur.
4. Ramai orang boleh bercakap dan mengeluarkan buah fikiran yang baik, tetapi tidak ramai yang boleh menulis dengan kaedah yang baik yang dapat difahami dan dihayati oleh pembacanya.
5. Tidak banyak pula penerbit yang sanggup menerbitkan idea besar kerana sukar untuk dipasarkan kerana kurangnya pembaca.
Sumber: Mohamad Yusof Othman & Abdul Salam Yussof, 2009. Sains, Manusia dan Agama. Kuala Lumpur, Utusan Publication.
|